Petua Demam Panas & Sawan Tarik

Tanda-tanda demam panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.


Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

By: Fiza Faisal Farisha

Tip penjagaan laman

Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah

Siraman

Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.


Pemangkasan

Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.


Pembajaan

Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur.

Oleh Rohaniza Idris (Berita Harian)

Tips Menukar Tanah dalam Pasu

Bila perlu menukar tanah dalam pasu Bunga?

- Biasanya dilakukan setiap dua atau tiga tahun selepas pokok ditanam di dalam pasu
- Jika daun bertukar kuning dan lebih kecil bermakna nutrien dalam tanah sudah berkurangan
- Jika bunga pokok kecil, gugur sebelum berkembang, ranting mudah patah dan cepat mati atau dahan kering.
- Jika akar berselirat dan bertukar warna hitam dan coklat bermakna ia tidak subur dan perlu ditanam dalam pasu baru. Pokok subur mempunyai akar berwarna putih.


Berikut langkah untuk memindahkan pokok ke pasu yang baru:

1. Sebelum memindahkan pokok ke pasu baru, bersihkan pasu lama dengan mencabut rumput rumpai dan seeloknya buat pemangkasan dan potong dahan mati serta berpenyakit. Lakukan bahagian atas pokok terlebih dulu. Jangan takut untuk memotong dahan kerana ia akan tumbuh semula dan pokok tidak akan mati.

2. Selepas itu, keluarkan pokok dari pasu lama dan buat pemangkasan akar.

3. Potong sekurang-kurangnya tujuh sentimeter (cm) daripada batang pokok dan buat bentuk seperti empat segi.

4. Untuk menanam pokok dalam pasu baru, sediakan pasu dan letakkan gentian sabut kelapa bagi menutup lubang pasu. Gentian berkenaan akan menjadi penapis bagi air dan penghalang tanah keluar daripada lubang pasu. Letakkan pada kedalaman kira-kira tujuh cm di dalam pasu.

5. Masukkan tanah campuran menutup gentian sabut kelapa.

6.Kemudian masukkan pokok ke dalam pasu dan letakkan di tengah-tengah.

7. Kemudian, masukkan tanah campuran di sekelilingnya.

8. Bagi mengekalkan kelembapan tanah, letakkan Peatgro di sekeliling pokok.

Oleh : Abdul Rahim Rashid, Pakar Hortikultur (Berita Harian)

Bayi Berbau Segar

Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pada masa berikutnya..

Urat Betis Timbul

Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Minumlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.

Demam Campak (Morbili, Rubeola atau Measles) 2

Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campak dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

Buang Air Besar Berdarah 2

Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.

Ruam Panas

Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan biar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..

Demam Kuning,

Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.

Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..

Bengkak Kaki Kerana Hamil

Satu cara mengatasinya ialah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawatlah tiga kali. Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..

Ubat Semput

Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.

Terseliuh dan Lebam

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.

Kurangkan Panas di Kepala

Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.

Kuatkan Gigi

Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.

Kudis Api

Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.

Rawat Tunit Pecah

Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.

Demam Selsema

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.

Kelemumur

Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang.

Lemah Badan

Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.

Buang Air Besar Berdarah

Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.

Mata Merah dan Gatal

Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan pulih seperti sediakala.

Batuk Berpanjangan

Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Selamat mencuba, semoga batuk anda segera sembuh.

Kulit Muka Kering

Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas suam. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.

Badan Berbau

Masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan akan hilang.

Kuku Bernanah

Bersihkanlah terlebih dahulu kuku tersebut dengan air panas suam yang sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu cuka makan lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali selama seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya..

Sakit Gigi

Sediakan ibu (garam kasar), daun senduduk dan enam keping asam keping. Semua bahan ini direbus dengan lima cawan air hingga menjadi dua cawan. Setelah itu berkumurlah dengan air rebusan ini.

Sawan Di Kepala

Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.

Jerawat

Bilaslah dahulu muka anda dengan air bersih lalu kemudian bilas pula dengan air kelapa 1 - 2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih. Lakukan dalam beberapa hari. Insya Allah, anda akan bebas dari jerawat.

Sakit Perut

Ambikan dua genggam buah enau, sedikit gula dan satu gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda akan mendapat manfaatnya.

Sakit Perut

Ambikan dua genggam buah enau, sedikit gula dan satu gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda akan mendapat manfaatnya.

Luka

Ambillah lebih kurang sepuluh helai daun jambu batu dan basuh hingga bersih. Kemudian dikeringkan dengan menggunakan kain bersih. Layurkan daun jambu batu itu di api hingga kering dan rapuh. Selepas itu ditumbuk atau dilumatkan hingga menjadi serbuk. Letakkan serbuk daun jambu batu ini pada luka tersebut.

Penyakit Kulit Bayi

Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti dijauhkan dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.

Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi.

Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi. Air basuhan beras yang bersih juga boleh diguna untuk mencantikkan kulit bayi.

Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk. Seeloknya gunakan sabun khas untuk memcuci pakaian bayi.

Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh didapati di farmasi.

Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor..

Sebaiknya, dapatkan nasihat farmasist..

Tawarkan Bisa Kala Jengking

Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu. Balutkan dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa kecuali rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan. Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.

Hilangkan Jerawat

Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat mencuba.

Rambut Jarang

Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.

Batuk

Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.

Lebat dan Cantikkan Rambut

Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebut ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.

Jarakkan Kelahiran

Ambil segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu jari tangan) di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada ingin air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang. Setelah air halba sejuk (suak-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua kali sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan ini juga berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit lenguh-lenguh sendi.

Hilangkan Ruam

Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudian saputkan minyak zaitun, baby oil atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali selepas mandi. Selain itu, jgn biarkan anak anda memakai lampin pakai buang dalam tempoh lama kerana ia antara faktor tumbuh ruam.

Muntah

Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada peringkat permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk halus dan dicampurkan air panas. Kemudian minum. Insya Allah.

Lelah

Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..

Hidup Sihat dan Awet Muda

Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat anda takut untuk menghadapi masa tua.

Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang. Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'. Proses ketuaan setiap orang itu berbeza. Ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.

Kini terdapat pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun sudah dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.

Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.

Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, L-Cysteine, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.

Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.

Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada ahli farmasi, dan pakar kuit. Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari (dan jam 10 pagi hingga 3 petang) dan keadaan alam sekitan yang tercemar.

Semoga mendapat manfaat.

Sumber : blogmacammacam.blogspot.com

Minyak Zaitun & Khasiatnya

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

Penyembuh Pelbagai Penyakit

Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Benarkah begitu? Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Sumber: blogmacammacam.blogspot.com

Belimbing Merawat Kencing Manis

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

Nanas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi

Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut

Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun

Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Khasiat Habbatus Sauda


sawanecHadis Rasulullah SAW

Rasullullah SAW pernah bersabda:
"Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati ",(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra. Rasululloh SAW bersabda :" Dalam Habbatus Sauda ada obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini) mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah asy-Syuniz."
[HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5688]

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasululloh SAW bersabda : " Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian".
[HR. Bukhori, dalam Kitab at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5687]

Dari Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasululloh SAW bersabda : "Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)"
[HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab at-Tadawi bil Habbatis Sauda'.

Penawar segala penyakit
Habbatussauda adalah sejenis tumbuhan dlm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dgn pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dlm Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh keranapenghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun beratus tahun lalu lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2,000 tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-


*Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")
*Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah.perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
(Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

*Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
*Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)
*Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.
*Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.
*Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)
*Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")
*Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)
*Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Lain-Lain pengalaman pengamal perubatan

Insyaallah ia membantu mengubati :
Batuk yg lama, batuk kokol, selsema yg lama dan resdung, lelah/sesak nafas,brokial/kordiak asma,sakit jantung, darah gemuruh,darah tinggi, luka-luka dihati, batu hempedu, batu karang,sakit buah pinggang,ghout,diabetis,luka dlm mulut,sakit tengkuk, tonsil,gusi berdarah,mulut berbau,pedih ulu hati,gastrik,luka dlm perut,kurang penghadaman dan antibiotik, Mengatasi semua jenis alahan, gatal kulit, kudis buta,bisul,jerawat,kelemumur, Ia juga membantu / menguatkan fungsi kelenjar tiroid,lemak/gemuk, merenggangkan permukaan kulit, mengecutkan semua jenis ketumbuhan (dada/rahim),atasi sakit puan(Mestris, Endometritis,Oophoritis), senggugut, 2/3 kali period dlm sebulan atau tiada langsung, luka/tersumbat pada saluran fallopian/kilang ovari, keputihan, buasir, lemah tenaga batin, kesuburan bagi yg belum ada anak, stroke,lumpuh,sawan,cacing,kencing malam, kejang,kurang tidur,sakit kepala/migrain,senak perut,sembelit, kurang susu badan, selepas pembedahan/bersalin.

Mengatasi gangguan tidur dan stress
Sapion terdapat pada Nigella mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan syaraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.

Meneutralkan racun dalam tubuh
Racun dapat mengganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Gejala ringan keracunan dapat berupa diare, muntah, pusing, gangguan pernapasan dan menurunkan daya konsentrasi. Nigella mengandung saponin yang dapat menetralkan dan membersihkan racun dalam tubuh

Meningkatkan bioaktivitas hormon
Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endoktrin, yang masuk dalam peredaran darah. Dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis hormon, di antaranya hormon reproduksi yang berhubungan dengan fungsi sexual. Salah satu kandungan Nigella adalah setrol yang berfungsi sintesa dan bioaktivitas hormon.

Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda dari sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan karena ia merupakan salah satu contoh dari untaian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari Allah dan rasul-Nya.


Sumber: http://www.habbatussauda.com/

Turunkan Panas Badan

1) Rendam kembang semangkuk, biji angggur dan biji selasih (rebus pun boleh). Bila kembang boleh minum sejuk.
2) Rendam asam jawa (sebaiknya yg original dari kampung yg masam) semalaman. Minum air rebusan tersebut. Boleh juga dituam diubun-ubun kepala kepada bayi/anak kecil.
3) Minum air cap badak - tidak secara berlebihan kerana boleh menyebabkan luekimia. (tidak disyorkan untuk bayi/anak kecil)
4) Ramas beberapa helai daun bunga raya didalam air hingga keluar lendir. Sapukan di ubun-ubun kanak-kanak.
5) Khusus untuk bayi/kanak-kanak - jgn biarkan anak pakai pakaian yg tebal. Jika badan rasa panas, elok dibiarkan pakai seluar pendek/pampers sahaja. Malam hari pun sama, tapi ibu bapa perlu sentiasa bergilir tengok-tengokkan anak-anak yg demam pada waktu malam supaya mereka tidak terbiar kepanasan/kesejukan. Nak mudah set alarm setiap 1 jam.

Terminum/makan Racun

Minum air kelapa sebanyak yang mungkin..
elok jika muntah..supaya keluar racun tersebut..

Jika termakan ubat selepas makan durian contohnya..
boleh juga diamalkan minum air kelapa.. sampai muntah.

Sakit Tekak

Rendam nasi dalam gelas yang berisi air semalaman dan
minum pada pagi esoknya..
insyaallah..

Ghout

cari daun palas sejengkal.
Rebus dan minum air rewbusan ini 3x sehari
amalkan selama seminggu
insyaallah..

Penawar Resdung

Sebelum tidur cuba amalkan dengan memakan satu sudu madu lebah asli dengan dicampur 2-3 biji lada hitam, amalkan selama seminggu dan tengok keberkesanannya, selain dari meredakan resdung cara ini juga boleh meredakan batuk dan asma. Insyaallah.

Khasiat Pokok Bunga Tanjung



Nama Tempatan: Bunga Tanjung
Nama Saintifik: Mimusops elengi
Nama Lain: Baula(oriya),indian meddaler, bulletwood tree,Bakula,Spanish cherry,
Famili: Sapotaceae

Keterangan:
Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya matahari yang terik. Bunga tanjung berbau sangat wangi dan biasa digunakan sebagai hiasan kepala masyarakat melayu tradisional dan kaum india.Bunga tanjung juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk mengembalikan harumannya.Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyak kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut. Daun tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat. Buahnya berbentuk bujur,berwarna hijau ketika muda dan jingga setelah masak.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedikit manis.Tumbuhan ini membiak dari keratan batang dan biji benih.

Kegunaan:
Rawatan ruam yang bernanah
Beberapa tangkai bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar jintan hitam. Air rebusan ini diembunkan selama semalam. Setelah itu airnya ditapis dan digunakan untuk mandi oleh pesakit.

Khasiat Pokok Kucing Galak



Nama Tempatan: Kucing galak
Nama Saintifik: Acalypha Indica
Nama Lain: Indian copperleaf,India acalypha
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Keterangan:
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India.Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m.Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.

Kegunaan:
Digunakan dengan meluas dalam perubatan homeopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.

Khasiat Pokok Hempedu Bumi



Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Keterangan:
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan:
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.

Khasiat Embun Tengahari

Nama Tempatan: Embun tengahari
Nama Saintifik: Murdannia Nudiflora (L) Brenan Nama Lain: Doveweed,bra-plant,
Famili: COMMELINACEAE

Keterangan:
Embun tengahari adalah sejenis herba semusim. Ia adalah sejenis rumpai yang menyerupai rumput tapi ianya mempunyai batang yang menjalar (iras-iras daun kesom) dan akan mengeluarkan bunga kecil berwarna ungu atau biru.Tumbuhan ini membiak secara jalaran rizom dan didapati tumbuh liar dikawasan-kawasan tanah lapang yang ditumbuhi rumbut seperti di kebun-kebun sayur dan pinggir-pinggir belukar.

Kegunaan:
Tumbuhan ini digunakan untuk merawat luka, dengan cara melumatkan tumbuhan ini dan ditampal pada bahagian yang luka.Tumbuhan ini banyak digunakan dalam perubatan herba cina.

Khasiat Pokok Kemuning Cina



Nama Tempatan: Kemunting Cina
Nama Saintifik: Catharantus Roseus
Nama Lain: Tapak Dara

Keterangan:
Tumbuhan herba yang akan saya perkatakan hari ni adalah kemunting cina. Kemunting cina ni juga dikenali sebagai vinca, periwinkle,Rumput Jalang, Tapak Dara, Kembang Sari cina, Ros Pantai, madagascar periwinkle,capeperiwinkle, kihapai(hawaii),old-maid, rose periwinkle, rosy periwinkle dan macam-macam nama lagi yang tak tersenarai di sini. Mungkin satu hari nanti saya akan tulis artikel pasal nama-nama lain bagi kemunting cina nih. Sekarang ni banyak betul spesis hibrid periwinkle ni yang dijual sebagai tumbuhan hiasan, terutamanya dalam pasu gantung. cantik betul , berbagai warna dan lebih tahan dari petunia. Pokoknya membiak dengan 2 cara iaitu keratan batang dan biji benih. Pokok ni asalnya dari madagascar tapi sekarang ni telah tumbuh meliar dan membiak dengan jayanya di semua kawasan tropika. Batangnya separuh berkayu dan ketinggiannya boleh mencapai hingga 60cm.

Kegunaan:
Nama saintifik bagi kemunting cina ialah Catharanthus roseus/Synonymy: Lochnera rosea. Walaupun terdapat spesis yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesis liar) dikatakan mempunya nilai perubatan yang tinggi. keseluruhan tumbuhan ini mengandungi alkaloid vinblastine dan vincristine yang telah terbukti berkesan digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. Pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan cara merebus lebih kurang 20g keseluruhan pokok ini yang telah dikeringkan dengan 1 liter air dan diminum 2 kali sehari. Kaedah yang sama digunakan untuk merawat penyakit leukaemia. Perlu diingatkan tumbuhan ini diklafikasikan sebagai tumbuhan beracun, bermakna ianya hanya boleh diambil dalam dos yang telah ditentukan. Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi diminta mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Khasiat Bangun-bangun (Sapooh)



BANGUN BANGUN atau Sapooh @ Plectranthus Amboinensis

Tumbuhan ini tumbuh menegak, mempunyai batang yang lembut dan berlendir manakala daunnya tebal bergerigi membentuk seperti jantung (Love..) dan permukaan daunnya agak kesat.

Sekiranya kita memetik, meramas atau terlibas sedikit pokok ini ianya akan mengeluarkan aroma yang berbau seperti ubat ubatan dan amat segar baunya, masyarakat cina kadang2 menggunakan daunnya untuk dicampur dalam masakan jenis Sup.

Antara Khasiatnya yang paling mujarab:
Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala. caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.

Untuk penyakit asma, jika penyediaan herba ini tidak berkesan, ianya hendaklah diberhentikan.

Cara penanamannya hanyalah patahkan mana mana bahagian pokok dan cucukkan pada tanah yang lembab atau tanah yang berlindung pokok.

Khasiat Akar Seruntum (Patawali)

PATAWALI @ Tinospora Tuberculata

Ianya juga dikenali sebagi akar seruntum, patawali tergolong dalam jenis pokok pemanjat, batangnya tidak mempunyai sulur ukurlilitnya berukuran 1 hingga 1.5 sm, berwarna hijau keputihan dan batangnya memanjat secara membelit pancang atau batang pokok. Daun patawali mirip daun sireh dan rasa pahit batangnya adalah yang terpahit dalam semua tumbuhan herba.

Antara khasiatnya ialah menjadi penawar terhadap segala sengat atau patuk haiwan berbisa, caranya hanya potongkan batangnya, apabila lendirnya keluar hanya sapukan saja pada kesan sengat tersebut.
Khasiat lain ialah menyembuhkan demam, sakit perut, taun atau campak, caranya potong dalam 1 inci, rebus batangnya dan minum air rebusan tersebut: mengikut perubatan saintifik sakit perut yang ringan ini di sebabkan asid dalam perut berlebihan dan penawarnya ialah sesuatu yang pahit.

Cara penanamannya hanyalah patahkan bahagian batangnya yang sudah matang dan cucukkan sahaja di tanah yang terlindung.

Khasiat Pokok Bunga Cina (Melur Cina)



Nama Herba : Bunga Cina
Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Famili: Rubiaceae
Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina
Nama lain: Kacapiring, gardenia
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga

Keterangan :
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkan pertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.

Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja

Khasiat Pokok Dukung Anak



Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian

Keterangan
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.

Khasiat Pokok Sambung Nyawa

TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus

Tumbuhan herba yang berprestasi tinggi ini berasal dari negeri China, tak hairanlah di kebanyakan kediaman kaum cina mempunyai tanaman ini, dari segi perubatan, tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Terdapat dua jenis tumbuhan ini satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi.

Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup.
Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara.

Cara penanaman pokok ini ialah hanya menyucuk sahaja bahagian yang di kerat ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung, seelok eloknya keratan tersebut biarlah yang sedang, tidak terlalu muda atau tua.

Khasiat Pokok Tembaga Suasa (Pokok Balung)

TUMBUHAN HERBA: Pokok Tembaga Suasa
NAMA LAIN: Pokok Balung

Tembaga Suasa ini pokok yang amat sesuai untuk mengubati bengkak-bengkak di luar badan atau alternatif lain untuk membalut bahagian yang patah.
Caranya hanya layarkan sahaja daunnya di atas api yang sederhana dan melekapkan di bahagian yang bengkak atau patah..
Rupa daun pokok tembaga suasa ini seakan akan pokok lili putih cuma saiz daunnya lebar, panjang dan tebal ,berwarna hijau sedikit pudar dan berpermukaan yang kesat.
Ketinggian tumbuhan ini boleh mencapai 1 meter dan berbunga besar berwarna putih.
Cara penanamannya seperti pokok sambung nyawa.

Ada kisah kelakar sikit mengenai tumbuhan tembaga suasa ni... dua tiga
tahun dulu di rumah saya ada seperdu kecil pokok ni... adalah satu hari tu jiran datang nakkan daun pokok ni... saya pun kata, ambiller...
dah dua tiga hari lepas tu...sesaja nak tengok lain2 pokok herba, saya terus terperanjat..pokok tembaga suasa tu dah hilang...rupanya jiran tu ambil dengan pokok2 sekali...tapi saya tak kisah sebab pokok ni ada ubi.. dan seminggu lepas tu tumbuh cambah baru.

Khasiat Pokok Pinang

Pokok Pinang atau nama sainstifiknya Areca Catechu dari keluarga Palmae. Kandungan Alkaloid di dalam buah pinang sebenarnya mempunyai kesan perangsang dan digunakan secara meluas di dalam bidang perubatan. Alkaloid adalah salah satu daripada sekumpulan pelbagai bahan bernitrogen yang dihasilkan oleh tumbuh tumbuhan dan mempunyai kesan yang amat kuat ke atas fungsi tubuh kita ia bertindak sebagai pembunuh parasit dan cacing dalam badan, kesemua ubat cacing di farmasi ada kandungan alkaloid dari buah pinang ini.

Akar pinang selalunya digunakan untuk merawat panas badan dan pening kepala di samping boleh menghilangkan mengantuk. Air rebusan dari buah pinang juga boleh digunakan utk meredakan senggugut, cirit-birit dan sakit perut ianya juga boleh bertindak sebagai julap, selain dari itu buah pinang juga amat mujarab utk mengubati luka dan bisul caranya bakar dahulu buah pinang tua yg kering kemudian ditumbuk lumat sebelum ditampal pada luka dan bisul, serbuk tersebut juga boleh digunakan bagi tujuan pemutihan gigi.

Khasiat Kantan

Nama Pokok Herba: KANTAN
Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord

Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik.

Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa yang selalunya di sebalah utara. Ianya juga selalu diletakkan dalam lauk asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma.

Antara Khasiat Kantan ialah untuk mengubat sakit telinga dan membasuh luka.
Sakit telinga boleh dirawat dengan air rebusan buah kantan, selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Airnya yang suam juga boleh dilumurkan sebagai basuhan luka.

Khasiat Pokok Senduduk

ama Pokok Herba: SENDUDUK
Nama Saintifik: Melastoma malabathricum L

Ianya adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.

Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara, antara khasiat tumbuhan senduduk ialah berguna untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim, selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit, dikatakan juga daun juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan ;leukorea, bagi merawat penyakit tersebut anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia, air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina.
Kepada meraka yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut, sementara itu, daun dan akarnya yang telah di giling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut, juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.

Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi, boleh melembutkan kaki atau mengurangkan angin dalam badan, kadang kadang digunakan sebagai mandian.

Cara penanaman pokok ini hanyalah patah dan cucuk dimana mana kawasan yang kita berkenan.

Khasiat Tunas Alfafa



Nama Pokok Herba: Alfafa

Tunas alfalfa adalah sumber vitamin C yang baik. Vitamin A dalam tunas adalah dalam bentuk carotene, ia dipindahkan kepada vitamin A dalam badan kita apabila ia diperlukan. Carotene tidak bahaya apabila terdapat dalam kadar yang tinggi tetapi vitamin A tiruan seperti yang terdapat dari ikan serta hati binatang boleh bekumpul dalam hati kita dan menjadi toxic. Vitamin A diperlukan untuk membesar dan membangunkan badan, untuk penglihatan yang elok serta kebolehan mengada anak. Vitamin atau thiamine, B2 atau riboflavin dan niacin banyak terjumpa dalam tunas almond, alfalfa, gandung, bunga matahari dan bijan. Vitamin B komplex, membantu tubuh mengambil karbohydrate, memberi tenaga dan memberi ketahanan daripada jangkitan penyakit. Protein adalah dibina daripada amino asid. Apabila tiada amino asid, badan kita tidak dapat tumbuh sel secukupnya dan akan mengakibatkan sindrome kekurangan. Potassium, galian awit muda membantu tubuhan kulit yang licin serta berat badan yang seimbang, ia juga mengimbangkan alkaline dalam darah. Alfalfa, fennel hijau, kekacang, timun, dan tunas juga sumber besi galian yang diperlukan untuk menubuhkan sel darah merah. serta mengalir oksigen dari paru-paru kepada semua sel-sel.

Alfafa mempunyai banyak spesis..ada yg menyerupai daun..tetapi di Malaysia spesis yg di atas agak popular...dan ada yang telah di jual dalam bentuk jus atau kapsul.

Khasiat Pokok Derhaka Mertua



Nama Tempatan: Derhaka Mertua
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar

Keterangan:
Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman. Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Derhaka mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak. Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan. Bahan aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol.

Kegunaan:
Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya. Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid. Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati

Khasiat Daun Kari

Nama Tempatan: Kari
Nama Saintifik: Murraya Koenigii
Nama Lain: Karipulei, curry leaves
Famili: Rutaceae
Lokasi dijumpai: Diperkarangan rumah

Keterangan:
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Kegunaan:
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Petua dari kaum India:
Untuk mendapatkan anak atau meramaikan anak, makan daun karipulei ini setiap hari samaada pucuknya utk dibuat ulam atau daunnya yg tua dicampur dgn banyak dlm gulai kari.

Kurus Tanpa Ubat

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.

Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat ! menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabi! la makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh me! mbakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Khasiat Surah-surah dalam Al-Quran

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA’D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya. SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA‘ (Saba‘)

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.”

[Al-Mukmin: 60]

Sumber:http://warmfuzzy.wordpress.com/2006/07/20/hikmat-rahsia-dan-khasiat-surah-dan-ayat-alquran-alkarim/

Khasiat Surah Al Fatihah

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan

"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':

"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

Ikhtiar mengubati penyakit : Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada si sakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w."

"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:

"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

sumber: http://members.tripod.com/tanbihul_ghafilin/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm

Rahsia Bismillah

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar.

Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.

Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

petikan :
http://www.darulnuman.com/mhikmah/bismi.html

Mudah Mengupas Bawang

Bagi mengelakkan mata pedih terutamanya jika mengupas dalam kuantiti yang banyak, rendam bawang seketika sebelum dikupas. Proses mengupas bawang menjadi lebih mudah tanpa memedihkan mata.