tag:blogger.com,1999:blog-26825576876734319202024-03-14T00:23:31.398-07:00(¯`v´¯) 1001 Petua KehidupanHarta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Sama-samalah kita menyumbang petua-petua didalam menjalani kehidupan ini untuk kebaikan semua..aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.comBlogger90125tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-41831041854955517852010-07-09T14:09:00.000-07:002010-07-09T14:31:47.925-07:00Petua Demam Panas & Sawan TarikTanda-tanda demam panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

By: Fiza Faisal FarishaaiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-52476226876550823492009-11-18T17:41:00.000-08:002009-11-18T17:42:57.757-08:00Tip penjagaan lamanTentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah

Siraman

Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.

Pemangkasan

Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.

Pembajaan

Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur.

Oleh Rohaniza Idris (Berita Harian)aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-43752628946989905612009-11-18T17:32:00.000-08:002009-11-18T17:39:29.667-08:00Tips Menukar Tanah dalam PasuBila perlu menukar tanah dalam pasu Bunga?

- Biasanya dilakukan setiap dua atau tiga tahun selepas pokok ditanam di dalam pasu
- Jika daun bertukar kuning dan lebih kecil bermakna nutrien dalam tanah sudah berkurangan
- Jika bunga pokok kecil, gugur sebelum berkembang, ranting mudah patah dan cepat mati atau dahan kering.
- Jika akar berselirat dan bertukar warna hitam dan coklat bermakna ia tidak subur dan perlu ditanam dalam pasu baru. Pokok subur mempunyai akar berwarna putih.

Berikut langkah untuk memindahkan pokok ke pasu yang baru:

1. Sebelum memindahkan pokok ke pasu baru, bersihkan pasu lama dengan mencabut rumput rumpai dan seeloknya buat pemangkasan dan potong dahan mati serta berpenyakit. Lakukan bahagian atas pokok terlebih dulu. Jangan takut untuk memotong dahan kerana ia akan tumbuh semula dan pokok tidak akan mati.

2. Selepas itu, keluarkan pokok dari pasu lama dan buat pemangkasan akar.

3. Potong sekurang-kurangnya tujuh sentimeter (cm) daripada batang pokok dan buat bentuk seperti empat segi.

4. Untuk menanam pokok dalam pasu baru, sediakan pasu dan letakkan gentian sabut kelapa bagi menutup lubang pasu. Gentian berkenaan akan menjadi penapis bagi air dan penghalang tanah keluar daripada lubang pasu. Letakkan pada kedalaman kira-kira tujuh cm di dalam pasu.

5. Masukkan tanah campuran menutup gentian sabut kelapa.

6.Kemudian masukkan pokok ke dalam pasu dan letakkan di tengah-tengah.

7. Kemudian, masukkan tanah campuran di sekelilingnya.

8. Bagi mengekalkan kelembapan tanah, letakkan Peatgro di sekeliling pokok.

Oleh : Abdul Rahim Rashid, Pakar Hortikultur (Berita Harian)aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-68623697885679350602009-05-14T18:30:00.000-07:002009-05-14T18:31:36.238-07:00Bayi Berbau SegarSekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pada masa berikutnya..aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-56646555770838541252009-05-14T18:29:00.000-07:002009-05-14T18:30:42.240-07:00Urat Betis TimbulBagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Minumlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-60181739335835602262009-05-14T18:28:00.000-07:002009-05-14T18:29:44.077-07:00Demam Campak (Morbili, Rubeola atau Measles) 2Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campak dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-29237671833075600162009-05-14T18:27:00.000-07:002009-05-14T18:28:25.251-07:00Buang Air Besar Berdarah 2Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-82404115355512143432009-05-14T18:26:00.000-07:002009-05-14T18:27:33.070-07:00Ruam PanasBeli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan biar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-67566127744983137332009-05-14T18:25:00.000-07:002009-05-14T18:26:29.501-07:00Demam Kuning,Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.

Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-52584043351559006272009-05-14T18:24:00.000-07:002009-05-14T18:25:39.908-07:00Bengkak Kaki Kerana HamilSatu cara mengatasinya ialah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawatlah tiga kali. Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-11372172480318409492009-05-14T18:23:00.000-07:002009-05-14T18:24:19.720-07:00Ubat SemputAmbil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-61146599125042993122009-05-14T18:22:00.000-07:002009-05-14T18:23:10.931-07:00Terseliuh dan LebamAmbil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-54226029652790494302009-05-14T18:21:00.000-07:002009-05-14T18:22:15.123-07:00Kurangkan Panas di KepalaAmbilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-28043029092856610912009-05-14T18:20:00.000-07:002009-05-14T18:21:26.093-07:00Kuatkan GigiTumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-60702873299709870602009-05-14T18:19:00.000-07:002009-05-14T18:20:33.684-07:00Kudis ApiAmbil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-60404938129898457152009-05-14T18:18:00.000-07:002009-05-14T18:19:20.973-07:00Rawat Tunit PecahAmbil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-45944787294303463392009-05-14T18:17:00.000-07:002009-05-14T18:18:27.755-07:00Demam SelsemaAmbil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-10877770257201493962009-05-14T18:15:00.002-07:002009-05-14T18:17:16.033-07:00KelemumurBasahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.

Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-21927903201440178452009-05-14T18:15:00.001-07:002009-05-14T18:15:37.463-07:00Lemah BadanAmbikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-4832311061154553652009-05-14T18:14:00.001-07:002009-05-14T18:14:56.621-07:00Buang Air Besar BerdarahAmbil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-23088349984739628862009-05-14T18:13:00.001-07:002009-05-14T18:13:54.585-07:00Mata Merah dan GatalAmbilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan pulih seperti sediakala.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-27036188533372787772009-05-14T18:12:00.000-07:002009-05-14T18:13:10.396-07:00Batuk BerpanjanganAmbil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Selamat mencuba, semoga batuk anda segera sembuh.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-26349619535874211582009-05-14T18:11:00.002-07:002009-05-14T18:12:33.564-07:00Kulit Muka KeringUntuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas suam. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-87751013484910345222009-05-14T18:11:00.001-07:002009-05-14T18:11:44.380-07:00Badan BerbauMasalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan akan hilang.aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2682557687673431920.post-8755585176610310592009-05-14T18:09:00.002-07:002009-05-14T18:10:43.488-07:00Kuku BernanahBersihkanlah terlebih dahulu kuku tersebut dengan air panas suam yang sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu cuka makan lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali selama seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya..aiShahttp://www.blogger.com/profile/13958043519132226272noreply@blogger.com0