Mudah Mengupas Bawang

Bagi mengelakkan mata pedih terutamanya jika mengupas dalam kuantiti yang banyak, rendam bawang seketika sebelum dikupas. Proses mengupas bawang menjadi lebih mudah tanpa memedihkan mata.

Beras Tahan Lama

Ambil 15 helai daun limau purut (ikut keadaan) dan masukkan ke dalam bekas simpanan beras. Dengan sendirinya kutu beras akan meninggalkan beras dan tahan lebih lama.

Atasi Perut Boroi

Ramai antara kita yang menggunakan pelbagai produk untuk mendapatkan perut yang kempis. Untuk lebih berkesan, bersihkan permukaan perut anda dan tuamkan perut anda selama 5 -7 minit dengan tuala yang dicelup air panas sebelum menyapu krim atau gel pelangsing. Keadaan liang roma terbuka setelah dituam membolehkan krim atau gel itu meresap dengan sempurna.

Susu Elak Kesan Melecur

Untuk mengelakkan kulit badan berbekas akibat melecur terkena air/minyak panas, gunakan susu pekat manis dan sapukan pada bahagian terbabit. Insyaallah ia akan sejuk dan tidak berparut.

Memudarkan parut

Anda mempunyai parut yang mencacatkan penampilan? Cuba petua ini. Untuk memudarkan parut, ambil tulang sotong dan jemur sehingga kering. Kemudian bersihkan dan tumbuk halus. Ayak untuk mendapatkan debu yang digunakan sebagai bedak dan sapukan pada parut tersebut. Amalkan lah.. usaha tangga kejayaan

Ubati Resdung

Masalah resdung bukan perkara baru dan tidak boleh juga dipandang remeh. JIka anda telah mencuba pelabagi ikhtiar, tetapi masih kurang berkesan, cuba kaedah ini. Ambil 3 sudu makan tepung pulut dan bancuh dengan sedikit air. Bulatkan seperti bebola ikan dan golek-golekkan ke seluruh muka. Lakukan sekerap mungkin. Insyaallah resdung akan berkurangan.

Khasiat Lidah Buaya

Jika anda mengalami sakit kepala, lemah badan dan haid tidak teratur, dapatkan lidah buaya dan buang kulitnya. Ambil isinya dan yang dicincang dicampur air suam. Minum 2 kali seminggu. Dinasihatkan minum air kosong secukupnya. Cara ini juga boleh diamalkan agar nampak lebih muda.

Hilangkan Kelemumur

Ambil 3 biji buah mengkudu dan tumbuk halus. Campurkan dengan air kelapa dan ramas bersama. Tapis dan sapukan airnya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas rambut seperti biasa menggunakan syampu. Amalkan selalu untuk kesan terbaik.. Selamat mencuba

Dahan Durian Belanda Halau Tikus

Dapatkan dahan pokok durian belanda dan letakkan di bahagian tersembunyi seperti di bawah almari. Pasti tikus tidak akan menghampiri kawasan tersebut.

Itik Cepat Bertelur

Bagi yang menternak itik, boleh mengamalkan petua ini. Ambil sebatang keladi dan potong halus. Campurkan pada dedak dan air. Berikan makanan ini kepada itik setiap pagi dan petang. Insyaallah itik akan cepat bertelur.

Barang Tembaga Lebih Berkilat

Barang tembaga kelihatan kusam boleh kembali berkilat. Ambil segenggam asam jawa dan campurkan sedikit air. Lumurkan pada barang tembaga selama lebih kurang 1 jam. Hasilnya anda dapat lihat serta merta. Insyallah

Lobak Atasi Masalah Mata

Mata sering kepenatan akibat terdedah kepada cahaya berlebihan. Kisar 2 hingga 3 biji lobak merah dan campurkan sedikit gula batu/pasir. Amalkan meminumnya dan insyallah mata akan kembali bersinar. Serat lobat jangan dibuang , ianya boleh dijadikan masker.