Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Petua Demam Panas & Sawan Tarik

Tanda-tanda demam panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.


Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

By: Fiza Faisal Farisha

Demam Selsema

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.

Turunkan Panas Badan

1) Rendam kembang semangkuk, biji angggur dan biji selasih (rebus pun boleh). Bila kembang boleh minum sejuk.
2) Rendam asam jawa (sebaiknya yg original dari kampung yg masam) semalaman. Minum air rebusan tersebut. Boleh juga dituam diubun-ubun kepala kepada bayi/anak kecil.
3) Minum air cap badak - tidak secara berlebihan kerana boleh menyebabkan luekimia. (tidak disyorkan untuk bayi/anak kecil)
4) Ramas beberapa helai daun bunga raya didalam air hingga keluar lendir. Sapukan di ubun-ubun kanak-kanak.
5) Khusus untuk bayi/kanak-kanak - jgn biarkan anak pakai pakaian yg tebal. Jika badan rasa panas, elok dibiarkan pakai seluar pendek/pampers sahaja. Malam hari pun sama, tapi ibu bapa perlu sentiasa bergilir tengok-tengokkan anak-anak yg demam pada waktu malam supaya mereka tidak terbiar kepanasan/kesejukan. Nak mudah set alarm setiap 1 jam.

Khasiat Pokok Hempedu Bumi



Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Keterangan:
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan:
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.

Khasiat Akar Seruntum (Patawali)

PATAWALI @ Tinospora Tuberculata

Ianya juga dikenali sebagi akar seruntum, patawali tergolong dalam jenis pokok pemanjat, batangnya tidak mempunyai sulur ukurlilitnya berukuran 1 hingga 1.5 sm, berwarna hijau keputihan dan batangnya memanjat secara membelit pancang atau batang pokok. Daun patawali mirip daun sireh dan rasa pahit batangnya adalah yang terpahit dalam semua tumbuhan herba.

Antara khasiatnya ialah menjadi penawar terhadap segala sengat atau patuk haiwan berbisa, caranya hanya potongkan batangnya, apabila lendirnya keluar hanya sapukan saja pada kesan sengat tersebut.
Khasiat lain ialah menyembuhkan demam, sakit perut, taun atau campak, caranya potong dalam 1 inci, rebus batangnya dan minum air rebusan tersebut: mengikut perubatan saintifik sakit perut yang ringan ini di sebabkan asid dalam perut berlebihan dan penawarnya ialah sesuatu yang pahit.

Cara penanamannya hanyalah patahkan bahagian batangnya yang sudah matang dan cucukkan sahaja di tanah yang terlindung.

Khasiat Pokok Bunga Cina (Melur Cina)



Nama Herba : Bunga Cina
Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Famili: Rubiaceae
Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina
Nama lain: Kacapiring, gardenia
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga

Keterangan :
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkan pertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.

Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja