
BANGUN BANGUN atau Sapooh @ Plectranthus Amboinensis
Tumbuhan ini tumbuh menegak, mempunyai batang yang lembut dan berlendir manakala daunnya tebal bergerigi membentuk seperti jantung (Love..) dan permukaan daunnya agak kesat.
Sekiranya kita memetik, meramas atau terlibas sedikit pokok ini ianya akan mengeluarkan aroma yang berbau seperti ubat ubatan dan amat segar baunya, masyarakat cina kadang2 menggunakan daunnya untuk dicampur dalam masakan jenis Sup.
Antara Khasiatnya yang paling mujarab:
Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala. caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.
Untuk penyakit asma, jika penyediaan herba ini tidak berkesan, ianya hendaklah diberhentikan.
Cara penanamannya hanyalah patahkan mana mana bahagian pokok dan cucukkan pada tanah yang lembab atau tanah yang berlindung pokok.
Khasiat Bangun-bangun (Sapooh)
Labels: asma, BANGUN BANGUN, batuk, Pitam, sakit kepala
Khasiat Pokok Sambung Nyawa
TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus
Tumbuhan herba yang berprestasi tinggi ini berasal dari negeri China, tak hairanlah di kebanyakan kediaman kaum cina mempunyai tanaman ini, dari segi perubatan, tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Terdapat dua jenis tumbuhan ini satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi.
Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup.
Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara.
Cara penanaman pokok ini ialah hanya menyucuk sahaja bahagian yang di kerat ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung, seelok eloknya keratan tersebut biarlah yang sedang, tidak terlalu muda atau tua.
Khasiat Lidah Buaya
Jika anda mengalami sakit kepala, lemah badan dan haid tidak teratur, dapatkan lidah buaya dan buang kulitnya. Ambil isinya dan yang dicincang dicampur air suam. Minum 2 kali seminggu. Dinasihatkan minum air kosong secukupnya. Cara ini juga boleh diamalkan agar nampak lebih muda.


