Showing posts with label batuk. Show all posts
Showing posts with label batuk. Show all posts

Ubat Semput

Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.

Batuk Berpanjangan

Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Selamat mencuba, semoga batuk anda segera sembuh.

Batuk

Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.

Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun

Penawar Resdung

Sebelum tidur cuba amalkan dengan memakan satu sudu madu lebah asli dengan dicampur 2-3 biji lada hitam, amalkan selama seminggu dan tengok keberkesanannya, selain dari meredakan resdung cara ini juga boleh meredakan batuk dan asma. Insyaallah.

Khasiat Pokok Kucing Galak



Nama Tempatan: Kucing galak
Nama Saintifik: Acalypha Indica
Nama Lain: Indian copperleaf,India acalypha
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Keterangan:
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India.Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m.Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.

Kegunaan:
Digunakan dengan meluas dalam perubatan homeopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.

Khasiat Bangun-bangun (Sapooh)



BANGUN BANGUN atau Sapooh @ Plectranthus Amboinensis

Tumbuhan ini tumbuh menegak, mempunyai batang yang lembut dan berlendir manakala daunnya tebal bergerigi membentuk seperti jantung (Love..) dan permukaan daunnya agak kesat.

Sekiranya kita memetik, meramas atau terlibas sedikit pokok ini ianya akan mengeluarkan aroma yang berbau seperti ubat ubatan dan amat segar baunya, masyarakat cina kadang2 menggunakan daunnya untuk dicampur dalam masakan jenis Sup.

Antara Khasiatnya yang paling mujarab:
Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala. caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.

Untuk penyakit asma, jika penyediaan herba ini tidak berkesan, ianya hendaklah diberhentikan.

Cara penanamannya hanyalah patahkan mana mana bahagian pokok dan cucukkan pada tanah yang lembab atau tanah yang berlindung pokok.

Khasiat Pokok Derhaka Mertua



Nama Tempatan: Derhaka Mertua
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar

Keterangan:
Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman. Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Derhaka mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak. Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan. Bahan aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol.

Kegunaan:
Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya. Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid. Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati