Tanda-tanda demam panas
1. Suhu badan 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.
3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)
4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...
Apa perlu buat kalau anak demam panas?
1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.
2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.
3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...
4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.
Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?
1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.
2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.
3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...
4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).
5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.
Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....
Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.
By: Fiza Faisal Farisha
Petua Demam Panas & Sawan Tarik
Labels: bayi, demam, demam panas, panas badan, panas kepala, sawan, sawan tarik
Ruam Panas
Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan biar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..
Demam Kuning,
Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.
Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..
Labels: bayi, demam kuning, jaundis
Sawan Di Kepala
Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.
Labels: bayi, kulit bayi
Penyakit Kulit Bayi
Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti dijauhkan dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.
Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi.
Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi. Air basuhan beras yang bersih juga boleh diguna untuk mencantikkan kulit bayi.
Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk. Seeloknya gunakan sabun khas untuk memcuci pakaian bayi.
Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh didapati di farmasi.
Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor..
Sebaiknya, dapatkan nasihat farmasist..
Labels: bayi, kulit bayi, ruam
Hilangkan Ruam
Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudian saputkan minyak zaitun, baby oil atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali selepas mandi. Selain itu, jgn biarkan anak anda memakai lampin pakai buang dalam tempoh lama kerana ia antara faktor tumbuh ruam.
Labels: bayi, minyak zaitun, ruam
Turunkan Panas Badan
1) Rendam kembang semangkuk, biji angggur dan biji selasih (rebus pun boleh). Bila kembang boleh minum sejuk.
2) Rendam asam jawa (sebaiknya yg original dari kampung yg masam) semalaman. Minum air rebusan tersebut. Boleh juga dituam diubun-ubun kepala kepada bayi/anak kecil.
3) Minum air cap badak - tidak secara berlebihan kerana boleh menyebabkan luekimia. (tidak disyorkan untuk bayi/anak kecil)
4) Ramas beberapa helai daun bunga raya didalam air hingga keluar lendir. Sapukan di ubun-ubun kanak-kanak.
5) Khusus untuk bayi/kanak-kanak - jgn biarkan anak pakai pakaian yg tebal. Jika badan rasa panas, elok dibiarkan pakai seluar pendek/pampers sahaja. Malam hari pun sama, tapi ibu bapa perlu sentiasa bergilir tengok-tengokkan anak-anak yg demam pada waktu malam supaya mereka tidak terbiar kepanasan/kesejukan. Nak mudah set alarm setiap 1 jam.
Labels: bayi, demam, panas badan
Petua Hilangkan Kerak Kepala Bayi
Segenggam kelapa parut
Campur dua tiga ketul garam kasar.
Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas.
Ramas sehingga keluar santan. Sapulah santan tersebut di atas kepala bayi
Biarkan seketika. Insyallah..dengan izin Allah
Bukan sahaja kerak yang hilang, rambut bayi juga lebih lebat dan hitam.


