Khasiat Kantan

Nama Pokok Herba: KANTAN
Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord

Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik.

Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa yang selalunya di sebalah utara. Ianya juga selalu diletakkan dalam lauk asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma.

Antara Khasiat Kantan ialah untuk mengubat sakit telinga dan membasuh luka.
Sakit telinga boleh dirawat dengan air rebusan buah kantan, selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Airnya yang suam juga boleh dilumurkan sebagai basuhan luka.

0 comments: