Tips Menukar Tanah dalam Pasu

Bila perlu menukar tanah dalam pasu Bunga?

- Biasanya dilakukan setiap dua atau tiga tahun selepas pokok ditanam di dalam pasu
- Jika daun bertukar kuning dan lebih kecil bermakna nutrien dalam tanah sudah berkurangan
- Jika bunga pokok kecil, gugur sebelum berkembang, ranting mudah patah dan cepat mati atau dahan kering.
- Jika akar berselirat dan bertukar warna hitam dan coklat bermakna ia tidak subur dan perlu ditanam dalam pasu baru. Pokok subur mempunyai akar berwarna putih.


Berikut langkah untuk memindahkan pokok ke pasu yang baru:

1. Sebelum memindahkan pokok ke pasu baru, bersihkan pasu lama dengan mencabut rumput rumpai dan seeloknya buat pemangkasan dan potong dahan mati serta berpenyakit. Lakukan bahagian atas pokok terlebih dulu. Jangan takut untuk memotong dahan kerana ia akan tumbuh semula dan pokok tidak akan mati.

2. Selepas itu, keluarkan pokok dari pasu lama dan buat pemangkasan akar.

3. Potong sekurang-kurangnya tujuh sentimeter (cm) daripada batang pokok dan buat bentuk seperti empat segi.

4. Untuk menanam pokok dalam pasu baru, sediakan pasu dan letakkan gentian sabut kelapa bagi menutup lubang pasu. Gentian berkenaan akan menjadi penapis bagi air dan penghalang tanah keluar daripada lubang pasu. Letakkan pada kedalaman kira-kira tujuh cm di dalam pasu.

5. Masukkan tanah campuran menutup gentian sabut kelapa.

6.Kemudian masukkan pokok ke dalam pasu dan letakkan di tengah-tengah.

7. Kemudian, masukkan tanah campuran di sekelilingnya.

8. Bagi mengekalkan kelembapan tanah, letakkan Peatgro di sekeliling pokok.

Oleh : Abdul Rahim Rashid, Pakar Hortikultur (Berita Harian)

0 comments: